Friday, June 15, 2012

kAwAn

aduhh!!!sakitnya gigi,
sebab makan coklat cadbury,
rasa seronok kat hati,
coz....kekawan baik n hepy...:)

                                           eehhh comey pulak kartun nie puan google...


mentang2 la baru bek dari sakit gigi...
pantun2 pon bergigi jugak kan..hehhee:)
ok balik kepada tajuk asal...

kawan?
sahabat?
friend?
صديق?
teman?

semua perkataan 2 sama ja maksud tak kira la bahasa lain2..
apa yang dimaksudkan dengan kawan murid2??(ehh bajet macam cikgu)
menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka...
eeeeerrmm







apesal la tak jumpa2 lagi maksud kawan nie..hehhee
xpela kita bagi maksud secara menyeluruh
kawan maksudnya orang yang dekat dengan kita dan di sekeliling kita...
eehhh btoii ka??
ala senang citer orang yang kita kenal la..

macam orang lain fiqah pon ada ramai sangat kawan
caya sangat la
"Jauh berjalan,Luas pandangan"
tibe2 ja ada peribahasa nie....
betul la apa orang2 tua dulu kata
bila kita banyak mengembara
kita akan lebih kenal dengan pelbagai karenah manusia 
yang kadang2 kita sendiri akan hairan..
"ehh ada jugak manusia mcm nie kan"
betuii x kita akan kata mcm nie nie bila jumpa ngn manusia yg pelik sikit perangai dia

"pandai2 ja hang nie fiqah,ang sorang ja kata mcm 2"....
hahaha
tapi kan kehidupan setakat di matrik saje 
dah memang kita akan jumpa manusia yang pelik2 perangai dia
kat matrik baru tu..student baru 2000 lebih
tak masuk universiti lagi...
ishhh lagi takut rasanya nk p ke U nie...



masa kat matrik dulu kan 
fiqah dapat kenal dengan kawan pelbagai bangsa,budaya dan agama
dapat belajar dialek2 negeri2 lain..
sampai tergeliat2 lidah nak sebut
yelah dh 19 tahun dok cakap penang ja
nie bagi ckap kelantan,terengganu mana lidah cek xtergeliat...

apesal tibe2 Amerika dengan Malaysia nie...



ok berbalik pada tajuk asal...
fiqah syukur sangat walaupon hidup kat matrik 
kawan2 yang fiqah dapat semuanya baik2 n menunjuk kearah kebaikan
walaupon kdg2 kami otai2 jugak tapi xpernah lagi la buat benda yang pelik2
sebab kami saling mengingati antara 1 sama lain..





                                     




Rasulullah SAW juga pernah bersabda
"Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya"
sebab itu penting bagi kita umtuk berkawan dengan kawan yang baik2


Antara ciri-ciri sahabat yang baik:

    • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu
      • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
      • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
      • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
      • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
      • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
      • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
      • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
      • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
      • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
    • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
    • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.





    sahabat yang baik bukan sahabat yang makan kawan dari belakang
    zaman sekarang nak cari seorang kawan yang boleh dibawa sedih dan gembira bersama2
    amat la sukar untuk dicari
    bersyukur dengan rakan2 yang berada disamping kita




    I LOVE U SAHABAT.....
    TUHAN aturkn antara kita 1 pertemuan ditetapkn 2 hati. Dalam 2 hati diberikn 3 rasa :
    SAYANG, KASIH & KASIHAN. Dalam 3 rasa itu dselitkn 4 tujuan:
    BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA. Dalam 4 prkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu:
    TEMAN BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 prkataan itu trsmbunyi 6 impian iaitu :
    SAYANG,KEKAL,SETIA,MNGERTI,MENGHARGAI,& MENGINGATI. Dalam 6 impian itu trsimpul 7 huruf keramat iaitu :
    “SAHABAT”.

    Wednesday, May 23, 2012

    jiwaku....

    sedih,
    berdebar,
    kecewa,
    patah hati.


    kenapa nie fiqah
    macam2 feeling ada...
    1,2,3,4,5,6
    SubhanaAllah makin dekat waktu yang menentukan masa hadapanku
    takutnya Ya Allah...
    " Ya Allah engkau berikanlah kekuatan kepada hamba2
    mu yang lemah ini untuk menerima apa2 keputusan yang akan kami terima
    serta beri kekuatan kepada mental dan fizikal kami untuk redha dengan keputusan tersebut"



    semoga apa yang telah kita sama2 usaha akan membuahkan hasil
    tibe2 memori dengan rakan2,roomate menerpa(ehh ayat sasterawan pulak)
    teringat kat amalina ulya.....hehhee

    kehidupan di matrik ini banyak mengajar kita tentang 
    kehidupan orang di sekelliling kita
    walaupun tidak 100% seperti di universiti
    tapi tempiasnya dh terasa
    kat matrik la semua ingin menonjolkan diri masing2
    kat sini la ada pelajar yg betul2 fokus pada stdy 
    dan ada yang terhanyut sedikit 
    belajar di matrik ini mmg memerlukan fokus yg tinggi
    dulu2 waktu nak masuk matrik senior selalu kata student matrik susah nak masuk u
    tapi 2la kan setelah kita masuk sesuatu tempat baru kita tau macam mana 
    student matrik yang xdpat msuk u sngat la sedikit peratusnya 
    boleh dikatakan 98% berjaya ke menara gading
    hanya 2% sahaja yg tercicir....

    yang pasti belajar  kat matrik mmg best 
     tambah2 matrik pulau pinang(KMPP)
    mmg tersangat2 best.....:)
    disamping persekitaran yang bersih dan menenangkan fikiran..hehehe

    tasik kmpp:)

    akhir kata gud luck kepada rakan2 seperjuangan 
    walau dimana anda berada fiqah sentiasa merindukan setiap detik kita bersama....:)

    "Kerinduannya adalah menjadi sebahagian dari kehidupan sahabat, kerana tidak ada persahabatan yang dimulakan dengan sikap ego”






    Monday, May 14, 2012

    Berjaya jugak....

    Alhamdulillah......
    comeynya^_^




    setelah sekian lama blog ini menyepi
    bukan saja2 fiqah nk menyepi tapi disebabkan sudah lama xbuka blog ini
    fiqah terlupa password..hehehehe
    lagipun masa xmengizinkan untuk fiqah belek2 blog ini. :)
    tapi tu lah setelah berhempas pulas dengan menggunakan pelbagai kaedah akhirnya blog ini berjaya dibuka...(amboiii skemanya bahasa)
    macam2 dh lupa tentang blog ini
    yelah dekat setahun xbuka blog mana nk ingat fiqah oiii...ishhh3x...
    hehehhe...:)
    tapi fiqah akan berusaha untuk membuat post2 yg cantik2 dan terbaik untuk kawan2 ye......